Isnin, 14 Disember 2009

Perkhidmatan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik di Malaysia

Pendahuluan
Perkhidmatan Rekostitusi Ubat Sitotoksik atau CDR oleh ahli farmasi di Malaysia agak lambat walaupun Pakar Onkologi telah wujud. Pada masa itu, penyediaan ubat dibuat sendiri oleh doktor atau kakitangan di unit onkologi sendiri samada jururawat, pembantu perubatan atau pegawai perubatan pelatih. Ini sebenarnya masih berterusan sehingga kini dengan hospital yang tiada fasiliti mengambil mudah perkara ini.

Awal Perkhidmatan
Perkhidmatan farmasi pada masa itu, banyak tertumpu pada perolehan dan bekalan. Ini termasuk memenuhi keperluan pesakit dalam pendispensan dengan membancuh ubatan lain seperti ubat batuk dan losyen. Ini berlaku dalam athu 1970-an. Pada pertengahan 80-an, perkhidmatan klinikal telah diwujudkan dan ini termasuklah perkhidmatan pendispensan aseptik. Namun tidak dapat dipastikan samada perkhidmatan ini meliputi CDR atau tidak. Pada tahun 90-an perkhidmatan klinikal farmasi telah berkembang dengan pengenalan kepada perkhidmatan farmasi onkologi. Ini dimulai dengan perkhidmatan farmasi sitotoksik yang berperanan menyedia dan membancuh ubat sitotoksik seperti diperlukan oleh pesakit. Hospital Klang telah mulai perkhidmatan ini pada 1992 diikuti oleh Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1993.

Perkembangan CDR pada masa itu, banyak mendapat input daripada Australia yang diketahui lebih hadapan dalam perkhidmatan farmasi. Pada tahun 1996, perkhidmatan farmasi sitotoksik telah berkembang menjadi perkhidmatan farmasi onkologi dan ini meliputi perkhidmatan farmasi klinikal dan bekalan ubat kepada unit onkologi. Pada 1998 telah dibina bilik bersih yang menepati Standard Australia telah dibina di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Ini menjadi titik tolak kepada perkembangan perkhidmatan CDR terutama dalam keperluan bilik bersih yang moden.

Lompatan Kedua
Jika tahun 1990-an dikatakan sebagai lompatan pertama dalam perkhidmatan farmasi klinikla, tahun 2000 boleh dikatakan sebagai lompatan kedua dalam perkhidmatan ini. Melihat kepada perkembangan perkhidmatan ini terutama CDR, pada tahun 2003 Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) telah mengumpul kepakaran dan pegawai farmasi dalam satu kumpulan dikenali sebagai Kumpulan Kepakaran Farmasi Onkologi (OPEG) yang bertujuan mendapat input daripada pakar dan mengumpul pegawai yang berminat dalam perkhidmatan ini bagi bersama-sama mengembangkan perkhidmatan CDR. Antara aktivit kumpulan ini ialah mengadakan perbincangan perkembangan perkhidmatan, mengadakan latihan kepada ahli dan bukan ahli serta menyediakan polisi dan panduan yang selaras bagi kegunaan hospital kerajaan. Hasil daripada kumpulan ini, Konferens Farmasi Onkologi Pertama telah diadakan.

Sokongan
Perkhidmatan aseptik ini terus berkembang lagi dengan terbinanya fasiliti perubatan nuklear di Hospital Putrjaya disamping perkhidmatan Nutrisi Parenteal Total (TPN) dan CDR. Selain OPEG, pihak Biro Pengawalan Farmasiutikal Kebangsaan (BPFK) juga berperanan besar terutama dalam memberi input berkenaan fasiliti bilik bersih yang patuh kepada keperluan antarabangsa. Selain itu, contoh dan panduan daripada hospital-hospital universiti yang memiliki kepakaran dalam bidang ini menjadikan perkhidmatan ini terus berkembang.

//Asmarul

# sebarang komen amat dialu-alukan memandangkan saya tiada rujukan tepat pada masa ini.

Tiada ulasan: