Isnin, 21 Disember 2009

Peranan Kakitangan Farmasi CDR

Pendahuluan
Bilamana berjumpa sahabat lama dan selepas bertanya khabar, saya sering disua dengan persoalan peranan di pegawai farmasi di CDR selepas mereka tahu pekerjaan saya. Soalan ini menjadi lazim bila saya berkesempatan berkongsi maklumat dan penerangan kepada pelajar dan pelatih. Secara mudah saya kata bancuh ubat 'kimo' untuk pesakit kanser. Jadi bila mereka mendengar ini mereka akan mula bertanya tentang risiko pula.

Perjawatan di CDR
Minimumnya terdapat 2 personel di unit CDR iaitu seorang pegawai dan seorang penolong pegawai farmasi. Namun memandangkan terdapat polisi membuat kitaran dalam penyediaan ubat, akan terdapat tempat yang menggandakan bilangan ini. CDR akan berurusan terus dengan unit onkologi iaitu melibatkan doktor pakar, pegawai farmasi onkologi dan juga jururawat pengelola perkhidmatan onkologi. Secara amnya penglibatan mereka melibatkan pesanan ubat yang diperlukan pesakit. Selain itu, CDR juga perhubung dengan unit lain seperti bekalan dan perolehan dan pentadbiran.

  1. Menyedia dan membekalkan ubat sitotoksik seperti yang dipesan mengikut keperluan pesakit.
  2. Menjaga fasiliti bilik bersih seperti keperluan Amalan Pengilangan Baik
  3. Memberi latihan pengendalian ubat sitotoksik kepada kakitangan terlibat.
Pegawai farmasi mempunyai tanggungjawab yang besar dalam CDR. Ini melibatkan perkhidmatan langsung iaitu penyediaan dan pembekalan ubat sitotoksik yang telah dipesan. Manakala tidak langsung ialah perolehan, penjagaan fasiliti dan juga pengurusan kakitangan. Penolong pegawai farmasi pula menjalankan kerja penyediaan, membekal sediaan selain jagaan bilik bersih dan bekalan.

Jika diperhatikan lebih teliti, tanggungjawab pegawai farmasi bermula seawal perancangan memulakan perkhidmatan ini. Dalam perkhidmatan kerajaan, peranan pada masa ini ialah menentukan justifikasi kepada perkhidmatan ini, menggunakan justifikasi bagi mendapatkan peruntukan seterusnya mendapatkan kelulusan  pembinaan fasiliti dan memulakan perkhidmatan. Pegawai farmasi juga berperanan dalam mereka bentuk dan memantau pembinaan fasiliti supaya sepadan dengan perancangan dan peruntukan. Diperingkat ini pegawai akan banyak berhubung dengan pihak atasan dan juga dengan kontraktor selain BPFK yang menjadi tempat rujukan bagi binaan fasiliti ibilik bersih. Berikut disenaraikan tugas & peranan pegawai farmasi:

  1. Berperanan dalam merekabentuk dan pembinaan fasiliti
  2. Menjaga fasiliti supaya sentiasa dalam piawai yang ditentukan
  3. Membuat laporan dan pemantauan baikpulih jika berlaku kerosakan fasiliti
  4. Mengurus polisi dan panduan bagi kegunaan perkhidmatan
  5. Menyaring pesanan daripada doktor pakar
  6. Memproses pesanan yang diterima
  7. Rekonstitusi ubat sitotoksik
  8. Jaminan kualiti sediaan dan fasiliti
  9. Latihan dan pendidikan
  10. Perolehan
Bagi sesetengah tempat yang kekurangan kakitangan, selalunya pegawai ini juga akan menjadi pegawai farmasi onkologi bermaksud, selain tugas di atas, pegawai juga akan terlibat dalam aktiviti klinikal seperti 'ward round' bersama doktor, khidmat kaunseling dan pendispendan ubat kepada pesakit. Ini amat berlainan jika hospital memiliki kakitangan yang mencukupi untuk di bahagikan mengikut peranan. Keadaan yang kedua lebih baik dalam mencapai tahap perkhidmatan yang lebih cekap dan terurus.

Penolong Pegawai Farmasi
Walaupun tugas PPF tidak sebanyak tugas seorang pegawai, namun kewujudan mereka menjadi jantung kepada perkhidmatan. Cabaran pertama dalam memulakan berkhidmatan ialah mendapatkan PPF yang besedia dan mampu bertugas dalam perkhidmatan ini. Halangan pertama ialah 'taboo' bahaya ubat sitotoksik yang menjadikan perkhidmatan ini dijauhi oleh PPF. Ini juga menjadikan PPF wanita menjadikan sebagai perkhidmatan pilihan terakhir. Disenaraikan antara peranan PPF dalam perkhidmatan ini:

  1. Jagaan fasiliti bilik bersih
  2. Memproses pesanan
  3. Rekosntitusi ubat sitotoksik mengikut pesanan
  4. Mengurus stok ubat dan bukan ubat
  5. Terlibat dalalm latihan
Kesimpulan
Pembahagian peranan antara kakitangan menjadikan perkhidmatan lebih cekap. Selain dua jawatan yang disebut di atas, terdapat juga sesetengah tempat memiliki jawatan seperti pembantu perawatan. Usaha juga perlu dibuat diperingkat perkhidmatan untuk menarik lebih ramai kakitangan dalam perkhidmatan ini. Kelebihan sedia ada seperti tugasan yang spesifik, status berkepakaran selain imbuhan seperti cuti khas atau elaun dan latihan yang berterusan dilihat mampuu menarik pegawai junior dalam perkhidmatan ini.

//Asmarul

Tiada ulasan: