Ahad, 3 Julai 2011

AlFatihah atas kematian PokMatFeri

Dalam umur seusia Dr Mahathir, akhirnya 2 Februari 2011, PokMatFeri telah dijemput Ilahi. Kali ini arwah seperti menunggu kepulangan cucu ini sebelum menghembus nafas terakhir.

Bagi cucu, PokMatFeri tetap seorang ayah dan datuk yang berjaya. Mampu membesarkan anak-anaknya,menyekolahkan mereka walaupun diri arwah tidak kenal apa itu A..B...C. Tapi arwah kenal alif...ba..ta... Ini yang membolehkan arwah kekal berdamping dengan Quran dan masjid. Semenjak kudrat arwah yang semakin luntur, Quran adalah teman dan masjid menjadi taman permainan. Setiap hari ayat-ayat tuhan mesti dibaca, entah berapa kali khatam dah. Begitu juga dengan solat, sebelum azan dilaungkan, arwah sudah bersiap dan mungkin telah berada di saf depan di Masjid Kg Pulau Melaka. Isnin & Khamis menjadi hari berlapar. Senantiasa arwah berpuasa selain hari-hari lain yang disunatkan berpuasa.

Namun jika diungkap rahsia disebalik hidup PokMatFeri, kesimpulan mudah yang boleh dibuat ialah:
1. Jika kehendak kita untuk berbuat baik dan taat kepada Allah Insha Allah akan berjaya dengan bantuan-Nya.
2. Dalam keadaan dan persekitaran yang baik, manusia yang boleh berubah menjadi yang terbaik.
3. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka, jangan mudah putus asa memohon keampunan Allah.

Terima kasih PokMatferi kerana telah menjaga aku dan mengajar erti kehidupan semasa aku jauh dari ayah. Bersemadilah atok.

//Asray