Sabtu, 28 November 2009

Kesamaan, Haji vs Tarikh Eidul Adha

Salam Eidul Adha,

Hari raya korban, selalunya kita akan kaitan dengan ibadah haji dan korban. Tetapi berapa ramai yang mengingatkan kepada pengorbanan sebenar kita. Mengikut perutusan dan khutbah yang disampaikan, pengorbanan kita bila diperlukan amat menguji ketaqwaan kita kepada Ilahi. Contoh yang amat biasa ialah, bagaimana Nabi Ibrahim yang telah tua, dan bila dikurniakan Allah akan anak lelaki, telah diperintahkan oleh Allah untuk disembelih. Lihatlah pengorbanan, bukan dari pihak Nabi Allah Ibrahim, tetapi pada pihak anaknya yang sanggup dan amat yakin dengan perintah Allah itu. Namun saya tidak berminat mengupas lanjut perkara ini, cukup sekadar peringatan dan pertanyaan untuk diri sendiri.

Di tanah air, dengan sebab politik, masyarakat Islam dikatakan berpecah belah. Pelbagai tuduhan dari pihak berlawanan cuba memburukkan pihak yang satu lagi. Namun satu semangat yang kita masih ada di Malaysia ialah patuh kepada perintah raja berkaitan hari-hari penting Islam. Hari penting dalam Islam yang yang ditentukan dengan perintah raja melalui penyimpan mohor besar raja-raja ialah penentuan bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah. Tiada satu pun pihak yang membantah. Namun kita juga sedia maklum, bila melihat anak bulan, tidak pernah kelihatan, tidak kira berapa tinggi kita berada di Malaysia. Saya cukup berminat untuk mengetahui perkara ini jika ada yang sudi memberi penjelasan. Saya harap kita akan teus bersatu dalam perkara ini.

Cuba bandingkan, saya sekarang berada di Brisbane, Australia. Walaupun berpangkat negeri, namun keluasannya sahaja saya anggarkan melebihi keluasan Tanah Melayu, Borneo dan Singapura. Berapa ramai muslim di sini? Untuk bilangan yang tepat, saya perlu dapatkan fakta yang tepat. Secara ringkas, boleh dikatakan muslim di sini samada penduduk tempatan, atau migran daripada timur tengah, afrika, india dan asia.

Penentuan tarikh penting Islam amat susah di sini. Maksud saya, pihak mana yang perlu kita ikuti. Contoh terbaru, penentuan bulan Zulhijjah dan seterusnya hari wukuf. Ada pihak yang berdasarkan hisab dan mengikut hari wukuf di Mekah. Jadi secara langsung ditentukan Eidul Adha adalah pada 27 November. Bagi pihak yang satu lagi, dalil anak bulan tidak kelihatan menjadikan tarikh Eidul Adha pada 28 November. Ada tak alasan yang mana lebih afdal untuk kita bermazhab Syafie?

Apa yang menjadi persoalan di sini ialah, dimanakah kesatuan dalam Islam bila masing-masing cuba menegakkan kebenaran sendiri. Kenapa tidak merujuk kepada satu pihak yang menjadikan Islam sebagai rujukan? Cuba bayangkan apa bukan Islam akan kata? Bila ada bukan Islam bertanya perayaan ini, jawapan mudah kita ialah haji di Mekah. Bagaimana jika kita ditanya, kenapa mereka di Mekah kelihatan bersatu dalam segala hal. Pakaian, amalan dan tujuan, namun kamu di sini ada pendapat berbeza tentang satu tarikh perayaan. Di mana kesatuan dalam Islam yang diwar-warkan?

Saya amat berharap, di masa hadapan, akan ada satu pihak yang boleh menyatukan muslin di bumi ini dalam usaha dakwah dan meyebarkan syiar Islam. Jangan ada lagi keputusan yang mengelirukan. Mungkin akan ada bertanya, salahkah? Bukan salah yang dicari, tapi syir kesatuan Islam tidak tercapai. Bahkan ada juga yang memarahi pihak yang membuat sambutan berbeza. Namun tidak saya nafikan ada juga kesamaan tarikh pada sambutan yang lain.

Wassalam

Ahad, 22 November 2009

Salam & sejahtera,

Di sini aku akan cuba sampaikan segala yang telah aku pelajari berkenaan aseptik. Nota-nota jika ada akan diletakkan di sini atau di 'google doc'. Sebarang pertanyaa boleh diajukan di sini dan jika aku mampu menjawab jika tidak pandangan dari mereka yang arif akan dibawa ke hadapan.

Selain itu, blog ini juga akan ruang untuk aku tulis perasaan, keluarga dan pandangan hal-hal semasa.